Pelan Pembangunan Data Raya Negeri Melaka 2035 (PPPDR 2035) adalah dokumen strategik Kerajaan Negeri Melaka yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Tun Perak dan Unit Perancang Ekonomi Melaka serta Kerjasama daripada MAMPU dan juga pihak perunding daripada UTeM dan wakil pihak Industri untuk memandu arah pembangunan Inisiatif Data Raya negeri Melaka sehingga tahun 2035.
Penyediaan dokumen PPDR 2035 ini juga merupakan satu sasaran atau KPI di dalam Flagship Ke 7 Digital dan Teknologi, Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035) bagi tahun 2022. Dokumen PPDR 2035 ini juga mengetengahkan Latar Belakang mengenai Inisiatif Data Raya di negeri Melaka, situasi global dan nasional serta pencapaian pemegang taruh dalam membangunkan Inisiatif Data Raya di negeri Melaka setakat tahun 2023.
Disamping itu, dokumen ini turut mengemukakan kekuatan, isu dan cabaran dalam membangunkan Data Raya di Negeri Melaka. Trend Masa depan dan Pemandu Perubahan turut dirungkai. PPDR 2035 turut memaparkan Visi, Misi dan Teras serta Komponen PPDR 2035 berserta Rangka Kerja. Dokumen ini di samping itu, turut mengetengahkan Strategi dan Pelan Tindakan yang perlu dilakukan untuk membangunkan Insiatif Data Raya di negeri Melaka di samping aspek pentadbiran.
Projek-projek Quick Win dan Game Changer turut diketengahkan agar kita dapat menyediakan satu permulaan yang baik bagi PPDR 20235. Akhir sekali, dokumen ini turut mencadangkan 2 mekanisme dalam pentadbiran dan juga Mekanisme Pelaksanaan dan Pemantauan yang akan menilai pencapaian setiap pelaksanaan gerak kerja dan program di dalam PPDR 2035.