Bengkel Semakan Dokumen Pelan Pembangunan Data Raya Negeri Melaka 2035 (PPDR 2035)
Bengkel ini dianjurkan bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) dengan penglibatan 16 buah agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang bertujuan membuat semakan inisiatif dan pelan tindakan yang telah digariskan agar ianya praktikal dan bersifat boleh capai.
Bertempat di Hotel Ames, Ayer Keroh Melaka pada 22 Ogos 2023. Antara agensi yang terlibat adalah seperti berikut:
- Jabatan Pertanian Negeri Melaka
- Jabatan Perikanan Negeri Melaka
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
- Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Melaka
- Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Lembaga Perumahan Negeri Melaka
- Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
- Bahagian Promosi Pelancongan
- Lembaga Getah Malaysia