Bermula hari ini, iaitu 15 Feb.2022 sehingga 17 Feb.2022 berlangsungnya Bengkel Pemurnian Draf Manuskrip Projek Sejarah Nasional Malaysia di Menara DBP. Projek penyelidikan Sejarah Nasional Malaysia ini melibatkan Institut Tun Perak bersama Jabatan Sejarah Universiti Malaya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bengkel ini telah dihadiri oleh:

  1. En.Hazzlan bin Sama – Pengurus Besar Institut Tun Perak
  2. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd. Yusof
  3. Bin Hashim – pakar rujuk Sejarah Nasional Malaysia
  4. Prof.Madya Dr.Zulkarnain Abd Rahman – Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya
  5. Prof.Madya Dr.Mohd.bin Shamsudin -UKM
  6. Datuk Wira Dr.Haji Jamil Bin Mukmin – DMDI
  7. Dr.Azharudin Bin Mohamed Dali – Universiti Malaya
  8. Dr. Salina Binti Zainol – Universiti Malaya
  9. Encik Azhari Mohd.Edin- Ketua Bahagian Umum DBP
  10. Puan Rosmiza Ismail -DBP
  11. Puan Rohaida Baharudin – DBP
  12. En.Muhamad Nazri bin Haris – ITP
  13. En.Shahrul Nizam Zoreek – ITP

Matlamat bengkel 3 hari ini untuk membincang, menyemak dan memurnikan 2 draf projek penulisan sejarah bagi tujuan penerbitan dalam waktu terdekat ini. Semoga usaha yang murni penerbitan siri Sejarah Nasional Malaysia ini akan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *