PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

by
52 52 people viewed this event.

Pertandingan Pidato Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan Demi Kejayaan dan Kestabilan Rakyat ini telah dihasratkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka agar diadakan sebagai acara tahunan, ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat dan generasi muda agar lebih memahami peranan Rukun Negara sebagai asas penyatuan dan jati diri rakyat Malaysia.

Hal ini juga membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia terhadap prinsip Raja Berpelembagaan yang mula terhakis akibat pelbagai polemik.

Pertandingan ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi menyemai dan meningkatkan kefahaman rakyat walau di mana berada mengenai perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan ketika memerdekakan Malaysia termasuk memayungi Islam sebagai agama rasmi. Kedudukan istimewa raja-raja melayu dan hak keistimewaan orang melayu.

Melalui penganjuran program ini juga dapat bersama kita dalam mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan. Disamping memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia dalam memperkasa agenda Malaysia Madani. Dalam memperkasa agenda Malaysia Madanikeharmonian dalam kalangan rakyat akan dipupuk melalui penganjuran program seperti ini yang memberi peluang kepada para peserta untuk meluahkan kefahaman mereka tentang sayang dan cinta mereka kepada tanah air melalui persembahan mereka. Pertandingan pidato ini juga antara salah satu langkah yang komprehensif dan holistik dalam mengurus dan menyampaikan mesej perpaduan negara dan intergrasi nasional.

Event registration closed.
 

Date And Time

2024-05-13 @ 08:00 AM to
2024-09-12 @ 12:00 PM
 

Registration End Date

2024-06-26
 

Location

Share With Friends