Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk barisan penganjur, panel jemputan serta para peserta yang terdiri daripada anak-anak muda yang bersemangat dalam menyumbang idea dan pandangan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.