Kelab Kebajikan dan Rekreasi Institut Tun Perak (ITP) telah didaftarkan oleh Jabatan Pendaftran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah AKta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 pada 19hb Feb 2025. Kelab ini ditubuhkan dengan matlamat:

1. Mewujudkan perpaduan dan semangat kerjasama di kalangan ahli

2. Menyediakan sokongan kebajikan untuk ahli

3. Menggalakkan pembangunan peribadi dan profesionalisme

4. Mempertingkat komunikasi dan interaksi antara ahli

Kelab ini dijalankan berpandukan kepada perlembagaan kelab yang telah dipersetujui bersama. Aktiviti-aktiviti kegiatan kelab boleh diikuti menerusi page kelab.